24 April 2009

bEtul kah?

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salahsebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemuiinsan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengannikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbukatapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup ituterlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakanuntuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalambuaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudianberjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang palinghebat yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyaisehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahuapa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yangmereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagaibalasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapisekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satujam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorangtetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangankejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yangmembuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyumanuntuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati andatersenyum.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkanrindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi andadan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang andainginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluanguntuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri andamenarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihanyang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yangcukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasaianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segalayang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa sajayang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya merekayang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupmereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengantangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yangtelah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurnasehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling andatersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akanmenangis.
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kitamencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orangyang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirianorang lain.

No comments: